Friday, October 15, 2010

MAHER ZAIN

Alhamdulillah saya dan anak-anak berpeluang bertemu Maher Zain 3 kali sepanjang dia berada di Malaysia ( Tika dan saat ini beliau masih di Malaysia )..Pertamanya di IIUM, cukup terhibur dengan persembahan beliau.

Kali kedua di Majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya ..dapat bertemu dengan lebih dekat dan beliau cukup humble. Tutur kata yang sentiasa menyebut dan memuji allah dan mengagungkan Rasullallah s.a.w.

Kali ketiga di Showcase beliau di Auditorium MBSA...seronok sangat bila tengok suami yang enjoy sakan dengan persembahan beliau.

Sememangnya SUBHANALLAH yang menciptakan Maher Zain..selain rupa parasnya..hehehe..bagi saya beliau seorang yang sangat "bijak dan kreatif"..sentuhan lagu-lagunya dari jiwa ke jiwa.Lirik-lirik lagunya menyentuh jiwa dan menceritakan erti kehidupan yang sebenar. Suka dan duka ingat Allah. Salah dan betul petunjuk dan pengawasan dari allah, contoh kehidupan sebenar Rasullallah s.a.w.

Anak-anak saya setiap hari celik- celik mata je nak dengar Maher Zain jadinya peluang tengok beliau secara live memang dia orang suka sesangat. Maher Zain dah jadi macam satu medium bagi kita orang suami isteri mendidik dia orang. Anak saya yang sulung Wan Umar Ihsan sekarang dalam stage "menyoal" semua benda dan perkara. Jadinya bila dengar lagu Maher Zain contoh dia akan bertanya "nape kita kena kata Insyaallah mummy"..jadinya dah create satu peluang untuk kita orang bagi penerangan lanjut kepada anak-anak.

Saya percaya bukan kita orang sahaja tapi ramai lagi ibu bapa yang lain yang  bersyukur kerana Maher Zain dapat menjadi alternatif kepada anak-anak mereka berhibur secara "sihat" dan terhindar dari muzik-muzik yang melalaikan.

Berharap moga beliau terus dapat berkarya dengan lagu-lagu yang mendekatkan kita dengan ALLAH agar kita setiap saat dan ketika, setiap benda dan perkara, setiap perkataan dan perbuatan tak tersasar dari landasan yang sebenar.

Dibawah ni saya link kan salah satu lagu beliau berserta lirik dan message yang disampaikan beliau kepada anak-anak saya ( Wan Umar Ihsan dan Wan Umar Ilham ).

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1627290803155&ref=mf


video

 

 

 

 

 

 

 Baraka Allahu Lakuma Lyrics

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

video















p/s : Terima kasih Cik Mamat, Cikgu Huda & Ustazah Rozita

No comments:

Post a Comment