Friday, October 15, 2010

KEDAI MAMAK

HAIRAN BIN AJAIB

Semua orang tau kedai mamak harga semua makanan kaw-kaw mahal..tapi mengapa dan kenapa ramai jugak orang makan, minum dan lepak kat kedai mamak...kejap tadi saya bumgkus nasik dan ikan goreng sahaja kat kedai mamak yang ada kena mengena dengan ranting hehehe (konon tak nak sebut nama kedai) harga rm5.Selalu jugak kita dengar cerita-cerita yang tak sedap pasal kedai mamak ni, uli roti canai dengan kaki lah, lauk pauk yang tak habis dipanaskan atau orang utara cakap "diperangat" berhari-hari, tak jaga kebersihan tapinya tak berkurang pun jumlah pelanggan yang datang kat kedai mamak ni...heran kan

KAGUM DAN PELIK

Empunya dan pekerja kedai mamak bukan reti pun cakap melayu, tapinya boleh je dia orang run the business dengan maju jaya nya, pekerja dia pun sama je hampir kesemuanya dari negara India tapi boleh je dia ambik order dengan betul..

Kalau dia orang bukak kedai apa pun boleh katakan semua nya boleh hidup. Contoh jual surat khabar sebelah bus stop pun boleh bertahan lama, kalau bukak kedai runcit boleh bersilih ganti pekerja, setiap tahun boleh rotate pekerja balik India jumpa famili masing-masing. Ada pulak yang ada isteri kat sini dan kat india pun ada hehehe...Ingat lagi masa kecik-kecik dulu mamak jual roti naik motor keliling kampung..pagi sekali dan petang sekali...(roti benggali cicah kuah gulai..sedap tu hehehe )...setiap tahun akan bertukar mamak yang keliling kampung, bila ada yang balik India ada mamak lain pulak yang ganti dan bisnes dia orang macam biasa run smoothly dan orang kampung pun tak terputus bekalan roti hehehehehe. Kena buat kajian khusus bagaimana dia orang maintain their business.

SIMPATI

Oleh kerana kebanyakkan mamak-mamak kurang fasih berbahasa melayu maka sering terjadi insiden dia orang ni menjadi mangsa maki hamun para pelanggan. Kekadang cara dia orang memanggil pelanggan datang kedai atau gerai mereka jugak sering mengundang kemarahan orang yang lalu lalang digerai atau kedai dia orang..Cara dia orang "bergurau atau menyapa" pelanggan jugak kekadang tidak dapat diterima. Semalam suami saya berkongsi cerita yang dia sering ternampak pekerja-pekerja kedai mamak ni yang dimaki hamun.Bagi kita orang, budaya dan bahasa berbeza memang tidak dinafikan boleh mengundang konflik, tapi tidak perlu lah sehingga kita hendak memaki hamun sesama manusia sesuka hati.

Pengorbanan dia orang meninggalkan anak dan isteri untuk mencari rezeki halal patut dijadikan iktibar dan pengajaran. Para pelanggan kedai atau gerai dia orang menjadi tempat dia orang "bergurau dan menyapa" untuk menghilang rasa sunyi dan kerinduan mereka terhadap keluarga mereka. Jadinya sekali sekala dia orang buat salah maafkan lah dia orang dan tak perlu maki hamun...sedih lah pulak...

"Adik manis...nasik beriani ada, kari kambing ada, kari ikan ada, roti canai ada, mee mamak ada, adik manis masuk tengok dulu " hehehehe

No comments:

Post a Comment