Saturday, October 16, 2010

INGIN MENDAPATKAN ANAK ?

Kali ini saya nak berkongsi kisah kekawan saya yang diceritakan sendiri kepada saya mengenai usaha dia orang untuk mendapatkan anak. Sejujurnya memang saya agak teruja untuk menulis kali ini sebab saya sesangat berharap entry saya kali ini dapat membantu pasangan-pasangan yang berusaha untuk mendapatkan anak. Mudah-mudahan boleh menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W - INSYAALLAH

1. GAMOGEN - HEALIN


Menurut kawan saya beliau berusaha dengan pelbagai jenis produk dan akhir sekali beliau dan suami mencuba Gamogen dari jenama Healin. Alhamdulillah mereka berjaya mendapat anak. Kedua suami dan isteri perlu minum gamogen ni. Selepas mendapat tahu rahsia dia orang berjaya mendapat anak ni, setiap kali bertemu dengan mana-mana pasangan yang tidak mempunyai anak saya dengan penuh semangat akan mewar-warkan kisah kawan saya ni. Alhamdulillah dua kawan saya turut berjaya mengandung apabila mendengar cerita saya dan mencuba gamogen ni.



2. BIDADARI - DCL

Menurut kawan saya adik beliau yang mencuba produk Bidadari dari jenama DCL ini. Adik beliau telah berkahwin selama 3 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas minum Bidadari selama 3 bulan Alhamdulillah beliau mengandung. Produk ini hanya untuk isteri. Kawan saya yang menceritakan kisah adik beliau ini turut juga mencuba Bidadari ini dan alhamdulillah sekarang beliau sedang mengandung anak yang ke-3.


3. ANAK ANGKAT

Saya rasa anda semua pasti pernah mendengar ramai jugak pasangan yang tidak mempunyai anak yang mengambil anak angkat dan kemudiannya si isteri berjaya mengandung. Kawan kita orang 9 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak. Baru-baru ni mereka membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Tak lama selepas dia orang mengambil anak angkat kita orang mendapat berita isteri beliau mengandung. Terharu dan menakjubkan.

Sebenarnya produk Gamogen dan Bidadari adalah produk supplement dan bukan produk khusus untuk mengandung. Saya ( yang bukan doktor ini..hehehe ) berpendapat kedua produk tersebut seolah-olah berfungsi meng"overhaul" segala anggota dalaman seperti baik pulih mana yang tersumbat atau terpintal dan menyahkan segala kekotaran yang terkumpul dalam badan. Bila mana semua dah dibaik pulih dan dicuci maka senanglah proses persenyawaan berlaku. Ini semua andaian saya semata-mata hehehe. tapi yang penting kedua produk ini terbukti dapat membantu para pasangan yang tidak mempunyai anak mendapat anak.

Bagi mereka yang berkemampuan sekarang terdapat pelbagai kaedah yang canggih untuk mendapatkan anak. Fertility Centre pun tumbuh bagai cendawan. Apa pun yang penting usaha mesti berterusan dan jangan mudah putus asa.Selepas berusaha berdoa dan bertawakal lah kepada ALLAH. Untuk mendapatkan kedua-dua produk tersebut anda boleh menghubungi stokis Healin dan DCL yang terdekat. Produk Healin juga boleh didapati di Guardian ( tolong promote hehehehe )

 SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment