Tuesday, October 19, 2010

ANGIN SELURUH BADAN

Pernah tak anda melihat dan mendengar situasi begini:-

"Dik, akak cancel order...dengan sekonyong-konyongnya pelanggan beredar pergi dengan hati yang bara dan perut yang lapar yang belum isi...Angin seluruh badan.

Situasi di atas sering terjadi dimana-mana restoran atau gerai yang kita kunjungi. Lebih-lebih lagi di restoran yang menjadi tumpuan ramai kerana pilihan menu dan makanan yang disediakan di restoran ini sedap dan memenuhi citarasa pelanggan. Akan tetapi servis di kebanyakkan restoran yang menjadi kunjungan ramai ini kurang memuaskan. Pelanggan terpaksa menunggu lama. Pelanggan yang datang kemudian didahulukan, pelanggan yang datang awal tidak dihiraukan. Para pekerja yang tidak bersih, kuku panjang dan kotor, pakaian kotor dan berbau, membawa dan menghidang makanan tidak dialas dan pelbagai lagi.

Kebanyakan para pekerja direstoran tidak terlatih dan kurang berminat berkerja. Sebabnya kebanyakkan hanya berhasrat untuk berkerja untuk tempoh tertentu sahaja sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik. Empunya restoran dan gerai pun selalunya mengambil pekerja "tangkat muat" kerana terdesak kekurangan pekerja dan faktor ramai yang tak berminat di restoran atau gerai. Mereka juga tidak berminat untuk melatih para pekerja mereka kerana mereka tahu para pekerja mereka tidak akan bertahan lama dan sebab itu kita sendiri dapat melihat para pekerja yang silih berganti direstoran yang sering kita kunjungi. Akhirnya kita akan dapat lihat restoran yang baru dibuka 6 atau 12 bulan ditutup.

Saya berpendapat setiap restoran dan gerai  wajib mempunyai "peti cadangan". Ini bagi memastikan tahap perkhidmatan kepada pelanggan mereka dapat ditingkatkan dari masa ke semasa melalui komen dan cadangan yang diberikan oleh para pelanggan. Kena prihatin dengan kehendak pelangggan dan jangan dikesampingkan segala komen dan cadangan yang diberikan. Bukan sekadar menyediakan makanan yang enak dan lazat semata.Ada pengusaha restoran yang "kekwat" bila mana restoran dia orang mampu menarik pelanggan yang ramai dan mereka buat tak kisah dengan rungutan pelanggan. Bagi mereka rungutan pelanggan "tak jejas" kan perniagaan dia orang.

Hakikatnya amat jarang kita melihat sesebuah restoran yang mampu bertahan lama. Agak ralat kerana kekadang memang hidangan yang disediakan sedap tapi belum mampu memjamin restoran tersebut bertahan lama.

No comments:

Post a Comment