Tuesday, August 3, 2010

JEM GILER

Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman memandu saya. Pengalaman menempuh jem yg boleh mengundang stress kepada kebanyakkan pemandu. Daripada observasi saya,jalan jem apabila :-

KEMALANGAN..memang confirm akan jem..sebabnya kemalangan menghalang laluan..ok fine faham, tapi yang tak fahamnya jem apabila kemalangan yang langsung tidak menghalang laluan atau kemalangan di seberang jalan atau laluan arah bertentangan.. semua kenderaan bergerak berlahan semata-sama nak tengok kemalangan..

HUJAN...ini pun sah-sah jem sebab semua kereta bergerak perlahan. Situasi ni tak perlu hurai panjang..understood.

TRAFFIC LIGHT..pelik jalan raya akan jem teruk bila mana polis traffik mengawal kenderaan dihadapan traffik light..dan jalan raya akan smooth bila mana tiada polis traffik. Akan tetapi ada di sesetengah kawasaan atau situasi yang memang memerlukan khidmat polis traffic ni..

Apabila traffic light rosak..atau situasi dimana pemandu-pemandu yang kurang berhemah yang akan terus bergerak walaupun lampu merah..dan menghalang laluan dilaluan lampu hijau..makanya kereta akan stuck kat depan traffic light dan terjadilah nak gerak ke kanan tak boleh ke kiri tak boleh ke depan pun tak boleh...pening

BOTTLENECK...sedang memandu dengan lancar tiba-tiba tersangkut-sangkut..jem sebab dari 2 lane ke satu lane atau dari 3 lane ke 2 lane atau 1 lane..jem jenis ni memang tidak dapat dielakkan dan hanya terjadi dibeberapa kawasan dan kebanyakkan pemandu dah tahu dah jalan raya sekian-sekian jem sebab bottleneck..akan tetapi yang menyebabkan jem bertambah teruk di kawasan ni apabila para pemandu suka-suka bertukar lane..nampak je lane sebelah bergerak so tukar lane..tak puas hati lagi ..nampak pulak lane tadi yang tak bergerak tiba-tiba bergerak tukar lane balik..jadinya semua kereta terpaksa bergerak tersangkut terbrek-brek sebab nak bagi laluan kepada pemandu yang jenis sesuka hati nak tukar lane ni...

Dah habis bab jem..Sekarang ni nak cerita pulak situasi sering terjadi di jalan raya...

Sering terserempak dengan pemandu yang sesuka hati memotong atau membelok tanpa memberi signal.Pelik tapi benar bila diamati kebanyakkannya pemandu kenderaan plat no negeri X dan plat no negeri X..

Sering terserempak pemandu yang kurang memberi kerjasama di jalan raya dan tidak suka memberi laluan..Pelik tapi benar bila diamati kebanyakannya pemandu yang jantina X berkulit X dan mata X...

Sering terserempak pemandu yang suka menghadang jalan. Pelik tapi benar kebanyakannya pemandunya yang berkereta besar dan mewah tapi malangnya pemikiran pemandunya "sempit"

Ramadhan dah dekat ni..di bulan puasa semua orang nak cepat sampai rumah..nak buat persiapan berbuka..nak ke bazar-bazar ramadhan..jem tak payah cerita lah..memang kena sabar banyak..

Agak sukar lah nak elak jem ni..tapinya kalau boleh kita semua kena lah berusaha sebaik mungkin menjadi pemandu yang berhemah...

MARHABAN YAA RAMADHAN

sentiasalah setting niat
upgrade iman
download sabar
upload usaha
delete dosa
update doa
dan top-up ilmu
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak

selamat menjalani ibadah puasa ramadhan al-mubarak
maaf zahir dan batin
semoga ibadah kita diterima