Tuesday, June 29, 2010

JAMU MUNA ASY SYIFA'

Alhamdulillah dah 2 tahun lebih saya menjadi pengedar Jamu Muna Asy Syifa’. Bermula dengan membantu sahabat Puan Saliza “membranding” dan memasarkan jamu adunan herba turun temurun dari keluarga beliau. Selepas tu Puan saliza mempelawa saya menjadi pengedar bagi kawasan Subang Jaya dan Shah Alam.

Antara produk yang laris dipasaran ialah :-

1.SET BERSALIN

9 ITEM UTAMA:

-Dedaun Mandian Sauna
-Sapu/Kecut Luka
-Sihat Wanita
-Kacip Fatimah Manjakani
-Bedak Panas (param)
-Tapal perut
-Bedak Sejuk
-Pilis
-Minyak Terapi Serbaguna

RM130 KECIL/ RM180 BESAR

Set bersalin memang sangat sesuai untuk mereka yang nak berpantang diumah sendiri ( tak payah balik kampung ) Set ni lengkap dengan dedaun herba.Kalau kat kampung sekarang pun dah agak susah untuk nak dapatkan dedaun herba ni.

2.SIHAT WANITA / HARGA: RM25

3.KACIP FATIMAH MANJAKANI / HARGA: RM25

Gabungan Sihat Wanita dan Kacip Manjakani memang best..Rasa ringan badan, senang bangun pagi, sengal-sengal pun hilang dan lawas

Terus terang saya katakan pada mulanya saya agak skeptikal jugak dengan produk jamu ni tak kira lah jenama apa pun tapi bila dah cuba Jamu Muna Asy Syifa’ ni memang terbukti ada kesan kat badan saya ni..tu yang boleh saya terima pelawaan Puan Saliza menjadi pengedar. Kepada semua saya syorkan cubalah produk Jamu Muna Asy Syifa’ ni. Insyaalah produk ni dapat membantu anda yang mungkin ada masalah kesihatan atau bagi mereka yang tercari – cari produk yang bersesuaian untik dijadikan suppliment.

Bagi mereka yang hendak membeli boleh menghubungi saya ditalian 012-5664232 atau email zaleha_1973@yahoo.com.

PRODUK MUNA ASY SYIFA'
• Anti Athma
• Barut Bayi Kampung (BARU)
• Bengkung Seri Ramping
• Dedaun Mandian Sauna
• Jamu Buasir
• Jamu Kencing Manis
• Jamu Pelangsing 100% Herba
• Jamu Periuk
• Kacip Fatimah Manjakani
• Lulur Exzema
• Minyak Lintah Herba
• Minyak Terapi Serbaguna
• Pencuci Intim Wanita
• Sabun Serbaguna
• Scrub Mandi Lulur
• Scrub Wajah
• Serbuk Tangas
• Set Kesuburan Wanita
• Set Lengkap Bersalin
• Set Seri Pengantin
• Set Wajah Berjerawat- lelaki
• Set Wajah Berjerawat- wanita
• Set Wajah Normal
• Sihat Lelaki
• Sihat Wanita
• Tapal Perut
• Tongkat Azimat
• Tungku Herba

Monday, June 21, 2010

DURIAN

Last weekend masa outing ada nampak banyak durian yang dijual ditepi -tepi jalan. Mungkin musim durian dah bermula.

Dulu masa kecik-kecik boleh makan banyak durian dan tak ada masalah. Tapi sekarang ni, kalau makan durian cam ada banyak masalah. Hairankan sebab durian ada banyak khasiat. Sepatutnya tak mendatangkan masalah kan.

Ada 2 kemungkinan yang boleh saya fikir, pertamanya mungkin durian sekarang banyak menerima “suntikan” hehehe..untuk lebih sedap, untuk lebih besar atau untuk cepat dapat hasil...

Keduanya mungkin faktor usia saya yang dah meningkat hehehe...organ-organ dalaman banyak yang tak dapat berfungsi dengan baik.Sekarang kalau nak makan durian pun dalam 2 atau 3 ulas je. Kalau makan lebih daripada tu maka sendiri mau ingat.

Apa2 pun yang pasti durian memang sedap hehehe.

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum,



Disebabkan suami saya dah lama tak update blog ni so saya ambik kesempatan cuba menulis diblog ni.

Saja suka2 hehehe…Menulis tajuk santai dan ringan…CUTI SEKOLAH



Buat masa sekarang bila cuti sekolah kita orang tak terasa secara langsung coz belum ada anak yang dah bersekolah tapi kesan secara tak langsung yang boleh dikongsi :-

Jalan Raya

Alhamdulillah jalan clear giler…maksud saya di kawasan sekitar rumah ( dari usj nk kuaq jalan utama or hiway )…kalau sebelum ni nak kuaq kat simpang umah pun kekadang jem giler tapi sekarang alhamdulillah. Tapi kat hiway traffic cam biasa.



Urusan Kerja

Kalau ada urusan keje yang berkait secara lansung dengan gomen office..memang parah lah…dia org cuti banyak so dia orang boleh ambik cuti panjang sepanjang cuti sekolah tu..So kalau Si A bercuti so semua keje dia Si B or C or D tak boleh nak tolong – alasan fail ada pada Si A and Si A ni je yang bertanggungjawab dan tahu. So kena tunggu Si A balik bercuti…



Outing

Kalau g jalan katner2 pun mesti orang ramai..Tambah sekarang ada dah ada yabg start shopping untuk coming Aldilfitri hehehe…yang jenis beli sikit 2 dulu so nanti dekat nk raya takyah susah….Bagus gak cara cam ni. Yang datang jalan2 kat KL ni pun ramai..Bawak anak jalan2 cuti sekolah..

So apa2 pun yang hendak dibuat dimusim cuti sekolah ni or masa bila2 pun..PERANCANGAN sangat penting. Kalau berusan dengan gomen office pastikan urusan dibuat sebelum atau selepas cuti sekolah. Kalau outing pastikan anda bersedia dengan masalah no parking, long queue, bersesak-sesak..even worse dengan cuaca sekarang yang tersangat panas.

Apa2 pun enjoy School Holiday, Selamat Pengantin Baru kepada mereka2 yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti sekolah ni. Kepada adik2 yang berkhatan nak wish apa yek..Rilek tak ada apa yang nak ditakutkan..ok lah kot

Ok.. Assalamualaikum