Tuesday, December 15, 2009

PUDURAYA

Pada minggu lepas saya berkesempatan menghantar sepupu saya ke puduraya..beliau ingin pulang ke Taiping selepas menghabiskan sebahagian dari cuti sekolah dengan membantu emak saya berniaga roti canai di Sentul.

Kesempatan menghantar beliau membolehkan saya membuat 'tinjauan' di puduraya yang telah 'diwar-warkan' telah dinaiktarafkan diperbaiki dan diperbaharui segala kemudahan di Puduraya.

Saya dan isteri dulunya merupakan pengunjung setia pudu apabila hendak pulang ke kampung halaman.Apabila kesempatan yang ada untuk ke puduraya minggu lepas, kami berdua amat 'teruja' untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri perubahan di puduraya yang telah 'dicanangkan' oleh media elektronik dan cetak...

Apa yang dapat disimpulkan seperti biasa 'indah khabar dari rupa'....Memang tidak dapat dinafikan memang ada antara rakyat yang dapat manfaat dari pembaharuan puduraya tersebut iaitu rakyat yang bergelar kontraktor yang mendapat tender menaiktaraf puduraya tersebut [ atau mungkin rakyat yang bergelar kontraktor itu juga bergelar kroni ]

Selebihnya kami berpendapat puduraya sekarang sama sahaja seperti mana kami pernah kunjungi 15 atau 10 tahun yang lalu...

No comments:

Post a Comment