Tuesday, December 15, 2009

PUDURAYA

Pada minggu lepas saya berkesempatan menghantar sepupu saya ke puduraya..beliau ingin pulang ke Taiping selepas menghabiskan sebahagian dari cuti sekolah dengan membantu emak saya berniaga roti canai di Sentul.

Kesempatan menghantar beliau membolehkan saya membuat 'tinjauan' di puduraya yang telah 'diwar-warkan' telah dinaiktarafkan diperbaiki dan diperbaharui segala kemudahan di Puduraya.

Saya dan isteri dulunya merupakan pengunjung setia pudu apabila hendak pulang ke kampung halaman.Apabila kesempatan yang ada untuk ke puduraya minggu lepas, kami berdua amat 'teruja' untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri perubahan di puduraya yang telah 'dicanangkan' oleh media elektronik dan cetak...

Apa yang dapat disimpulkan seperti biasa 'indah khabar dari rupa'....Memang tidak dapat dinafikan memang ada antara rakyat yang dapat manfaat dari pembaharuan puduraya tersebut iaitu rakyat yang bergelar kontraktor yang mendapat tender menaiktaraf puduraya tersebut [ atau mungkin rakyat yang bergelar kontraktor itu juga bergelar kroni ]

Selebihnya kami berpendapat puduraya sekarang sama sahaja seperti mana kami pernah kunjungi 15 atau 10 tahun yang lalu...

Stokis HPA USJ - El-Riash Mart

Ingin diwar-warkan bahawa terdapat stokis HPA yang baru dibuka di USJ yang terletak di USJ Sentral, No.3-2, Tingkat 2..USJ Sentral merupakan kawasan perniagaan baru yang terletak berhampiran traffic light Giant.
Alhamdulillah dengan adanya stokis ini memudahkan ahli-ahli HPA khasnya dan penduduk islam USJ umumnya mendapatkan produk keluaran HPA ini..Selain produk HPA di stokis ini juga terdapat produk keluaran muslim seperti bihun , laksa, produk sejuk beku dll..

Perkhidmatan penghantaran juga disediakan pada hujung minggu..Bagi sesiapa yang hendak menghubungi stokis tersebut boleh menghubungi 012-231 6256 , 016-927 1727 dan 03-8025 1232.

BERSAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU PERNIAGAAN PENIAGA MUSLIM..