Sunday, July 26, 2009

Phoenix Bangkit Dari Abu

Bina jambatan menuju ke seberang,
Melangkah jurang lebar dan dalam,
Dengan darah dan keringat,
Dengan airmata berpegang pada taliNya,

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah,
Kota yang telah roboh harus dibina semula,
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris,
Semua serangan yang datang kita tangkis,

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri,
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti,
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu,
Bangkit membina semula satu keindahan baru.

Demikianlah lebih kurangnya bunyi bait-bait indah yang saya petik dari lagu Phoenix Bangkit Dari Abu, ciptaan seniman tersohor M.Nasir. Saya titipkan lirik di atas bukannya apa, setelah entah apa yang berlaku pada blog ini, dihack sedemikian rupa, sehingga menghilangkang kesemua posting2 yang pernah dipublishkan sebelum ini. Durjana sungguh si penghack itu. Sanggup menghack blog rakyat marhaen seperti wms2739 ini. Cis!

Ada teman2 yang memberi pandangan mungkin ada posting2 yang agak sensitif kepada sesetengah pihak, maka sebab tu lah kena delete. Entahlah, kalau dah posting yang ringan2 mcm tu pun dikatakan sensitif.

Apa2 pun, Insya Allah, mulai hari ni, blog ni pun akan mula diupdatekan kembali.

Tunggu.....!!!!