Friday, January 31, 2014

TELEKUNG ( MUKENA BANDUNG )




TELEKUNG - READY STOCK

WARNA PUTIH

RM80.00


POS - + RM8.00 SEMENANJUNG

         - + RM11.00 - SABAH / SARAWAK

AKAUN NO MAYBANK : 562366632471

SMS - 012-5664232

Thursday, June 2, 2011

SUPPORT MUSLIM BUSINESS & PRODUCT

Kalau orang muslim tak support perniagaan dan produk  orang muslim SAPA LAGI?
 
Kat bawah ni senarai produk dan perniagaan orang muslim yang kita orang tahu dan kongsikan untuk rujukan anda semua. ( Untuk area Subang Jaya & Lembah Klang )
 
 
  1. Bengkel Kita – Pusat Servis & Repair Kereta.- Subang Perdana
- Bagi mereka yang tinggal area Subang boleh cuba servis kereta di Bengkel Kita
   ni.  
 
  1. Utama Optometrist – Kedai Cermin Mata
-  Dia orang ni ada a few branch kat Lembah Klang
 
  1. HPA
- Antara produk keluaran HPA ni : - Kopi, teh,  sabun mandi, sabun basuh baju &       pinggan, syampoo, ubat gigi, berus gigi, jus-jus, produk kecantikan, tepung gandum, madu dan pelbagai lagi. Kebanyakan produk berasaskan herba.
So kalau selama ni setiap bulan membeli barangan dapur di pasaraya-pasaraya besar, apakata bertukar ke HPA.
 
4.   Kindergarten – English Medium
       - Dzul Iman, Genius Aulad, Little Caliph etc

5.   Mydin Hypermarket
- Macam-macam ada dan almost semua barang ada di Mydin ni

6.      World Travel Ambassador Sdn. Bhd – Travel Agent

Selalu yang menjadi isu bila kita nak support perniagaan orang muslim harga yang mahal berbanding peniaga non-muslim. Satu lagi peniaga muslim tak boleh nak lebih kurang sikit though kita tahu peniaga non muslim walaupun dia orang selalu mudah bagi discount tapi actually they already include the discount inside their margin.

Kepada peniaga-peniaga muslim ni, perlu diingatkan beza antara perniagaan islam dengan perniagaan bukan cara islam adalah BERKAT. Walaupun perniagaan kita mungkin memberi pulangan yang kurang tapi yang nak menjaminkan perniagaan terus berkekalan adalah bukan keuntungan tapi BERKAT.

Dalam keadaaan sekarang boleh dikatakan semua barang naik harga. Kita patut tahu ini semua agenda perniagaan cara kapitalis yang cuba sedaya upaya mencari idea atau create isu semata – mata nak menghalalkan  kenaikan harga barang. Kita peniaga muslim jangan terikut-ikut dengan cara mereka ini. Kita berniaga bukan untuk keuntungan semata-mata tapi berniaga kerana ALLAH untuk manfaat semua.

Tuesday, October 19, 2010

ANGIN SELURUH BADAN

Pernah tak anda melihat dan mendengar situasi begini:-

"Dik, akak cancel order...dengan sekonyong-konyongnya pelanggan beredar pergi dengan hati yang bara dan perut yang lapar yang belum isi...Angin seluruh badan.

Situasi di atas sering terjadi dimana-mana restoran atau gerai yang kita kunjungi. Lebih-lebih lagi di restoran yang menjadi tumpuan ramai kerana pilihan menu dan makanan yang disediakan di restoran ini sedap dan memenuhi citarasa pelanggan. Akan tetapi servis di kebanyakkan restoran yang menjadi kunjungan ramai ini kurang memuaskan. Pelanggan terpaksa menunggu lama. Pelanggan yang datang kemudian didahulukan, pelanggan yang datang awal tidak dihiraukan. Para pekerja yang tidak bersih, kuku panjang dan kotor, pakaian kotor dan berbau, membawa dan menghidang makanan tidak dialas dan pelbagai lagi.

Kebanyakan para pekerja direstoran tidak terlatih dan kurang berminat berkerja. Sebabnya kebanyakkan hanya berhasrat untuk berkerja untuk tempoh tertentu sahaja sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik. Empunya restoran dan gerai pun selalunya mengambil pekerja "tangkat muat" kerana terdesak kekurangan pekerja dan faktor ramai yang tak berminat di restoran atau gerai. Mereka juga tidak berminat untuk melatih para pekerja mereka kerana mereka tahu para pekerja mereka tidak akan bertahan lama dan sebab itu kita sendiri dapat melihat para pekerja yang silih berganti direstoran yang sering kita kunjungi. Akhirnya kita akan dapat lihat restoran yang baru dibuka 6 atau 12 bulan ditutup.

Saya berpendapat setiap restoran dan gerai  wajib mempunyai "peti cadangan". Ini bagi memastikan tahap perkhidmatan kepada pelanggan mereka dapat ditingkatkan dari masa ke semasa melalui komen dan cadangan yang diberikan oleh para pelanggan. Kena prihatin dengan kehendak pelangggan dan jangan dikesampingkan segala komen dan cadangan yang diberikan. Bukan sekadar menyediakan makanan yang enak dan lazat semata.Ada pengusaha restoran yang "kekwat" bila mana restoran dia orang mampu menarik pelanggan yang ramai dan mereka buat tak kisah dengan rungutan pelanggan. Bagi mereka rungutan pelanggan "tak jejas" kan perniagaan dia orang.

Hakikatnya amat jarang kita melihat sesebuah restoran yang mampu bertahan lama. Agak ralat kerana kekadang memang hidangan yang disediakan sedap tapi belum mampu memjamin restoran tersebut bertahan lama.

Saturday, October 16, 2010

INGIN MENDAPATKAN ANAK ?

Kali ini saya nak berkongsi kisah kekawan saya yang diceritakan sendiri kepada saya mengenai usaha dia orang untuk mendapatkan anak. Sejujurnya memang saya agak teruja untuk menulis kali ini sebab saya sesangat berharap entry saya kali ini dapat membantu pasangan-pasangan yang berusaha untuk mendapatkan anak. Mudah-mudahan boleh menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W - INSYAALLAH

1. GAMOGEN - HEALIN


Menurut kawan saya beliau berusaha dengan pelbagai jenis produk dan akhir sekali beliau dan suami mencuba Gamogen dari jenama Healin. Alhamdulillah mereka berjaya mendapat anak. Kedua suami dan isteri perlu minum gamogen ni. Selepas mendapat tahu rahsia dia orang berjaya mendapat anak ni, setiap kali bertemu dengan mana-mana pasangan yang tidak mempunyai anak saya dengan penuh semangat akan mewar-warkan kisah kawan saya ni. Alhamdulillah dua kawan saya turut berjaya mengandung apabila mendengar cerita saya dan mencuba gamogen ni.



2. BIDADARI - DCL

Menurut kawan saya adik beliau yang mencuba produk Bidadari dari jenama DCL ini. Adik beliau telah berkahwin selama 3 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas minum Bidadari selama 3 bulan Alhamdulillah beliau mengandung. Produk ini hanya untuk isteri. Kawan saya yang menceritakan kisah adik beliau ini turut juga mencuba Bidadari ini dan alhamdulillah sekarang beliau sedang mengandung anak yang ke-3.


3. ANAK ANGKAT

Saya rasa anda semua pasti pernah mendengar ramai jugak pasangan yang tidak mempunyai anak yang mengambil anak angkat dan kemudiannya si isteri berjaya mengandung. Kawan kita orang 9 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak. Baru-baru ni mereka membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Tak lama selepas dia orang mengambil anak angkat kita orang mendapat berita isteri beliau mengandung. Terharu dan menakjubkan.

Sebenarnya produk Gamogen dan Bidadari adalah produk supplement dan bukan produk khusus untuk mengandung. Saya ( yang bukan doktor ini..hehehe ) berpendapat kedua produk tersebut seolah-olah berfungsi meng"overhaul" segala anggota dalaman seperti baik pulih mana yang tersumbat atau terpintal dan menyahkan segala kekotaran yang terkumpul dalam badan. Bila mana semua dah dibaik pulih dan dicuci maka senanglah proses persenyawaan berlaku. Ini semua andaian saya semata-mata hehehe. tapi yang penting kedua produk ini terbukti dapat membantu para pasangan yang tidak mempunyai anak mendapat anak.

Bagi mereka yang berkemampuan sekarang terdapat pelbagai kaedah yang canggih untuk mendapatkan anak. Fertility Centre pun tumbuh bagai cendawan. Apa pun yang penting usaha mesti berterusan dan jangan mudah putus asa.Selepas berusaha berdoa dan bertawakal lah kepada ALLAH. Untuk mendapatkan kedua-dua produk tersebut anda boleh menghubungi stokis Healin dan DCL yang terdekat. Produk Healin juga boleh didapati di Guardian ( tolong promote hehehehe )

 SELAMAT MENCUBA.

Friday, October 15, 2010

KEDAI MAMAK

HAIRAN BIN AJAIB

Semua orang tau kedai mamak harga semua makanan kaw-kaw mahal..tapi mengapa dan kenapa ramai jugak orang makan, minum dan lepak kat kedai mamak...kejap tadi saya bumgkus nasik dan ikan goreng sahaja kat kedai mamak yang ada kena mengena dengan ranting hehehe (konon tak nak sebut nama kedai) harga rm5.Selalu jugak kita dengar cerita-cerita yang tak sedap pasal kedai mamak ni, uli roti canai dengan kaki lah, lauk pauk yang tak habis dipanaskan atau orang utara cakap "diperangat" berhari-hari, tak jaga kebersihan tapinya tak berkurang pun jumlah pelanggan yang datang kat kedai mamak ni...heran kan

KAGUM DAN PELIK

Empunya dan pekerja kedai mamak bukan reti pun cakap melayu, tapinya boleh je dia orang run the business dengan maju jaya nya, pekerja dia pun sama je hampir kesemuanya dari negara India tapi boleh je dia ambik order dengan betul..

Kalau dia orang bukak kedai apa pun boleh katakan semua nya boleh hidup. Contoh jual surat khabar sebelah bus stop pun boleh bertahan lama, kalau bukak kedai runcit boleh bersilih ganti pekerja, setiap tahun boleh rotate pekerja balik India jumpa famili masing-masing. Ada pulak yang ada isteri kat sini dan kat india pun ada hehehe...Ingat lagi masa kecik-kecik dulu mamak jual roti naik motor keliling kampung..pagi sekali dan petang sekali...(roti benggali cicah kuah gulai..sedap tu hehehe )...setiap tahun akan bertukar mamak yang keliling kampung, bila ada yang balik India ada mamak lain pulak yang ganti dan bisnes dia orang macam biasa run smoothly dan orang kampung pun tak terputus bekalan roti hehehehehe. Kena buat kajian khusus bagaimana dia orang maintain their business.

SIMPATI

Oleh kerana kebanyakkan mamak-mamak kurang fasih berbahasa melayu maka sering terjadi insiden dia orang ni menjadi mangsa maki hamun para pelanggan. Kekadang cara dia orang memanggil pelanggan datang kedai atau gerai mereka jugak sering mengundang kemarahan orang yang lalu lalang digerai atau kedai dia orang..Cara dia orang "bergurau atau menyapa" pelanggan jugak kekadang tidak dapat diterima. Semalam suami saya berkongsi cerita yang dia sering ternampak pekerja-pekerja kedai mamak ni yang dimaki hamun.Bagi kita orang, budaya dan bahasa berbeza memang tidak dinafikan boleh mengundang konflik, tapi tidak perlu lah sehingga kita hendak memaki hamun sesama manusia sesuka hati.

Pengorbanan dia orang meninggalkan anak dan isteri untuk mencari rezeki halal patut dijadikan iktibar dan pengajaran. Para pelanggan kedai atau gerai dia orang menjadi tempat dia orang "bergurau dan menyapa" untuk menghilang rasa sunyi dan kerinduan mereka terhadap keluarga mereka. Jadinya sekali sekala dia orang buat salah maafkan lah dia orang dan tak perlu maki hamun...sedih lah pulak...

"Adik manis...nasik beriani ada, kari kambing ada, kari ikan ada, roti canai ada, mee mamak ada, adik manis masuk tengok dulu " hehehehe

MAHER ZAIN

Alhamdulillah saya dan anak-anak berpeluang bertemu Maher Zain 3 kali sepanjang dia berada di Malaysia ( Tika dan saat ini beliau masih di Malaysia )..Pertamanya di IIUM, cukup terhibur dengan persembahan beliau.

Kali kedua di Majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya ..dapat bertemu dengan lebih dekat dan beliau cukup humble. Tutur kata yang sentiasa menyebut dan memuji allah dan mengagungkan Rasullallah s.a.w.

Kali ketiga di Showcase beliau di Auditorium MBSA...seronok sangat bila tengok suami yang enjoy sakan dengan persembahan beliau.

Sememangnya SUBHANALLAH yang menciptakan Maher Zain..selain rupa parasnya..hehehe..bagi saya beliau seorang yang sangat "bijak dan kreatif"..sentuhan lagu-lagunya dari jiwa ke jiwa.Lirik-lirik lagunya menyentuh jiwa dan menceritakan erti kehidupan yang sebenar. Suka dan duka ingat Allah. Salah dan betul petunjuk dan pengawasan dari allah, contoh kehidupan sebenar Rasullallah s.a.w.

Anak-anak saya setiap hari celik- celik mata je nak dengar Maher Zain jadinya peluang tengok beliau secara live memang dia orang suka sesangat. Maher Zain dah jadi macam satu medium bagi kita orang suami isteri mendidik dia orang. Anak saya yang sulung Wan Umar Ihsan sekarang dalam stage "menyoal" semua benda dan perkara. Jadinya bila dengar lagu Maher Zain contoh dia akan bertanya "nape kita kena kata Insyaallah mummy"..jadinya dah create satu peluang untuk kita orang bagi penerangan lanjut kepada anak-anak.

Saya percaya bukan kita orang sahaja tapi ramai lagi ibu bapa yang lain yang  bersyukur kerana Maher Zain dapat menjadi alternatif kepada anak-anak mereka berhibur secara "sihat" dan terhindar dari muzik-muzik yang melalaikan.

Berharap moga beliau terus dapat berkarya dengan lagu-lagu yang mendekatkan kita dengan ALLAH agar kita setiap saat dan ketika, setiap benda dan perkara, setiap perkataan dan perbuatan tak tersasar dari landasan yang sebenar.

Dibawah ni saya link kan salah satu lagu beliau berserta lirik dan message yang disampaikan beliau kepada anak-anak saya ( Wan Umar Ihsan dan Wan Umar Ilham ).

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1627290803155&ref=mf


 

 

 

 

 

 

 Baraka Allahu Lakuma Lyrics

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
















p/s : Terima kasih Cik Mamat, Cikgu Huda & Ustazah Rozita

Tuesday, August 3, 2010

JEM GILER

Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman memandu saya. Pengalaman menempuh jem yg boleh mengundang stress kepada kebanyakkan pemandu. Daripada observasi saya,jalan jem apabila :-

KEMALANGAN..memang confirm akan jem..sebabnya kemalangan menghalang laluan..ok fine faham, tapi yang tak fahamnya jem apabila kemalangan yang langsung tidak menghalang laluan atau kemalangan di seberang jalan atau laluan arah bertentangan.. semua kenderaan bergerak berlahan semata-sama nak tengok kemalangan..

HUJAN...ini pun sah-sah jem sebab semua kereta bergerak perlahan. Situasi ni tak perlu hurai panjang..understood.

TRAFFIC LIGHT..pelik jalan raya akan jem teruk bila mana polis traffik mengawal kenderaan dihadapan traffik light..dan jalan raya akan smooth bila mana tiada polis traffik. Akan tetapi ada di sesetengah kawasaan atau situasi yang memang memerlukan khidmat polis traffic ni..

Apabila traffic light rosak..atau situasi dimana pemandu-pemandu yang kurang berhemah yang akan terus bergerak walaupun lampu merah..dan menghalang laluan dilaluan lampu hijau..makanya kereta akan stuck kat depan traffic light dan terjadilah nak gerak ke kanan tak boleh ke kiri tak boleh ke depan pun tak boleh...pening

BOTTLENECK...sedang memandu dengan lancar tiba-tiba tersangkut-sangkut..jem sebab dari 2 lane ke satu lane atau dari 3 lane ke 2 lane atau 1 lane..jem jenis ni memang tidak dapat dielakkan dan hanya terjadi dibeberapa kawasan dan kebanyakkan pemandu dah tahu dah jalan raya sekian-sekian jem sebab bottleneck..akan tetapi yang menyebabkan jem bertambah teruk di kawasan ni apabila para pemandu suka-suka bertukar lane..nampak je lane sebelah bergerak so tukar lane..tak puas hati lagi ..nampak pulak lane tadi yang tak bergerak tiba-tiba bergerak tukar lane balik..jadinya semua kereta terpaksa bergerak tersangkut terbrek-brek sebab nak bagi laluan kepada pemandu yang jenis sesuka hati nak tukar lane ni...

Dah habis bab jem..Sekarang ni nak cerita pulak situasi sering terjadi di jalan raya...

Sering terserempak dengan pemandu yang sesuka hati memotong atau membelok tanpa memberi signal.Pelik tapi benar bila diamati kebanyakkannya pemandu kenderaan plat no negeri X dan plat no negeri X..

Sering terserempak pemandu yang kurang memberi kerjasama di jalan raya dan tidak suka memberi laluan..Pelik tapi benar bila diamati kebanyakannya pemandu yang jantina X berkulit X dan mata X...

Sering terserempak pemandu yang suka menghadang jalan. Pelik tapi benar kebanyakannya pemandunya yang berkereta besar dan mewah tapi malangnya pemikiran pemandunya "sempit"

Ramadhan dah dekat ni..di bulan puasa semua orang nak cepat sampai rumah..nak buat persiapan berbuka..nak ke bazar-bazar ramadhan..jem tak payah cerita lah..memang kena sabar banyak..

Agak sukar lah nak elak jem ni..tapinya kalau boleh kita semua kena lah berusaha sebaik mungkin menjadi pemandu yang berhemah...

MARHABAN YAA RAMADHAN

sentiasalah setting niat
upgrade iman
download sabar
upload usaha
delete dosa
update doa
dan top-up ilmu
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak

selamat menjalani ibadah puasa ramadhan al-mubarak
maaf zahir dan batin
semoga ibadah kita diterima

Thursday, July 22, 2010

DOA HEBAT

DOA YG DIAJAR RASULULLAH S.A.W

Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini
kepadaku walaupun sekelip mata
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

AMALKAN

Wednesday, July 14, 2010

Laparoscopic Cystectomy = Insaf dan Syukur

Tika dan saat ini saya berada di wad no 143A..untuk rekod ini adalah kali ke 5 pengalaman admitted. Kali pertama masa form 5, penyakit batuk berpanjangan

Kali kedua bleeding masa ngandung anak sulung kami, kali ketiga bersalin anak sulung, kali keempat bersalin anak kedua.

Kali kelima ni operation laparoscopic cystectomy - buang cyst..actually nak dijadikan cerita..suami tak sihat 3 minggu lepas..bawak suami medical check up saya pulak yang kena bedah..hehehe..masa consult doctor yang merawat suami doctor advice saya buat ujian pep smear so saya pun langsung buat ujian pep smear pada hari yg sama..doc scan perut dan dapati ada cyst dalam perut saya sebesar 7cm

Pada 12hb hari Isnin lepas saya pun selamat buat pembedahan buang cyst ni..dalam cyst tu ada rambut lah gigi lah..hehehe pelik tapi benar

Dan bila ditebuk perut saya ni doc dapati bukan saja cyst tapi ada banyak lagi penyakit dan jangkitan kat dalam badan saya ni. Kedua-dua tiub saya tersumbat dan limpa pun ada jangkitan. Doc cakap jangkitan yang kat limpa jenis "silent infection" yang boleh create macam-macam masalah lagi kat badan saya ni.

Alhamdulillah semua penyakit yang dikesan boleh dirawat dan alhamdulillah doc dapat kesan semua penyakit dan jangkitan. Kalau tak mesti masa penyakit dah teruk baru nak detect dan mungkin masa tu mungkin agak sukar dirawat..nauzubillah

Macam cyst yang ada kat dalam perut saya langsung takdak rasa sakit atau tanda-tanda lain yang meragukan.Doctor pun cakap memang selalu kes-kes contoh cancer pelvik selalunya hanya dapat kesan masa stage dah teruk dah.

So kita orang perempuan ni kena regularly buat medical check up..

Bila kat hospital ni mulalah rasa keinsafan dan syukur yang amat sangat

Insaf sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ni..Walaupun diuji dengan sakit tapi masih sakit yang masih boleh dirawat dan dapat disembuhkan..Bayangkan kalau diuji dengan penyakit yang tak ada rawatan atau sukar untuk sembuh

Syukur dapat dirawat dengan segala kemudahan dan peralatan yang lengkap kat hospital ini..Bayangkan mereka yang sakit tapi tak berpeluang untuk dirawat dengan sempurna..kurang kemudahan dan peralatan...macam saudara kita di Palestin yang dibedah tanpa ubat bius..ubat-ubatan yang kurang dan pelbagai masalah lagi..

Saya berdoa agar rasa insaf dan syukur ini tidak hanya waktu sakit atau susah tapi kita hendaklah senantiasa menghargai dan mensyukuri setiap apa yang berlaku dalam hidup kita..waktu susah atau senang..

Insyaallah besok doctor cakap dah boleh balik.dah tak sabar nak balik sebab nak tengok cd procedur laparoscopic cystectomy buang cyst saya ni

Last but not least untuk entry kali ni saya nak menyeru semua agar senantiasa mengamal gaya hidup yang sihat dan selalulah buat pemeriksaan kesihatan

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 11, 2010

Superb - Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way

Tuesday, July 6, 2010

Take A Pits Stop

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Tuesday, June 29, 2010

JAMU MUNA ASY SYIFA'

Alhamdulillah dah 2 tahun lebih saya menjadi pengedar Jamu Muna Asy Syifa’. Bermula dengan membantu sahabat Puan Saliza “membranding” dan memasarkan jamu adunan herba turun temurun dari keluarga beliau. Selepas tu Puan saliza mempelawa saya menjadi pengedar bagi kawasan Subang Jaya dan Shah Alam.

Antara produk yang laris dipasaran ialah :-

1.SET BERSALIN

9 ITEM UTAMA:

-Dedaun Mandian Sauna
-Sapu/Kecut Luka
-Sihat Wanita
-Kacip Fatimah Manjakani
-Bedak Panas (param)
-Tapal perut
-Bedak Sejuk
-Pilis
-Minyak Terapi Serbaguna

RM130 KECIL/ RM180 BESAR

Set bersalin memang sangat sesuai untuk mereka yang nak berpantang diumah sendiri ( tak payah balik kampung ) Set ni lengkap dengan dedaun herba.Kalau kat kampung sekarang pun dah agak susah untuk nak dapatkan dedaun herba ni.

2.SIHAT WANITA / HARGA: RM25

3.KACIP FATIMAH MANJAKANI / HARGA: RM25

Gabungan Sihat Wanita dan Kacip Manjakani memang best..Rasa ringan badan, senang bangun pagi, sengal-sengal pun hilang dan lawas

Terus terang saya katakan pada mulanya saya agak skeptikal jugak dengan produk jamu ni tak kira lah jenama apa pun tapi bila dah cuba Jamu Muna Asy Syifa’ ni memang terbukti ada kesan kat badan saya ni..tu yang boleh saya terima pelawaan Puan Saliza menjadi pengedar. Kepada semua saya syorkan cubalah produk Jamu Muna Asy Syifa’ ni. Insyaalah produk ni dapat membantu anda yang mungkin ada masalah kesihatan atau bagi mereka yang tercari – cari produk yang bersesuaian untik dijadikan suppliment.

Bagi mereka yang hendak membeli boleh menghubungi saya ditalian 012-5664232 atau email zaleha_1973@yahoo.com.

PRODUK MUNA ASY SYIFA'
• Anti Athma
• Barut Bayi Kampung (BARU)
• Bengkung Seri Ramping
• Dedaun Mandian Sauna
• Jamu Buasir
• Jamu Kencing Manis
• Jamu Pelangsing 100% Herba
• Jamu Periuk
• Kacip Fatimah Manjakani
• Lulur Exzema
• Minyak Lintah Herba
• Minyak Terapi Serbaguna
• Pencuci Intim Wanita
• Sabun Serbaguna
• Scrub Mandi Lulur
• Scrub Wajah
• Serbuk Tangas
• Set Kesuburan Wanita
• Set Lengkap Bersalin
• Set Seri Pengantin
• Set Wajah Berjerawat- lelaki
• Set Wajah Berjerawat- wanita
• Set Wajah Normal
• Sihat Lelaki
• Sihat Wanita
• Tapal Perut
• Tongkat Azimat
• Tungku Herba

Monday, June 21, 2010

DURIAN

Last weekend masa outing ada nampak banyak durian yang dijual ditepi -tepi jalan. Mungkin musim durian dah bermula.

Dulu masa kecik-kecik boleh makan banyak durian dan tak ada masalah. Tapi sekarang ni, kalau makan durian cam ada banyak masalah. Hairankan sebab durian ada banyak khasiat. Sepatutnya tak mendatangkan masalah kan.

Ada 2 kemungkinan yang boleh saya fikir, pertamanya mungkin durian sekarang banyak menerima “suntikan” hehehe..untuk lebih sedap, untuk lebih besar atau untuk cepat dapat hasil...

Keduanya mungkin faktor usia saya yang dah meningkat hehehe...organ-organ dalaman banyak yang tak dapat berfungsi dengan baik.Sekarang kalau nak makan durian pun dalam 2 atau 3 ulas je. Kalau makan lebih daripada tu maka sendiri mau ingat.

Apa2 pun yang pasti durian memang sedap hehehe.

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum,



Disebabkan suami saya dah lama tak update blog ni so saya ambik kesempatan cuba menulis diblog ni.

Saja suka2 hehehe…Menulis tajuk santai dan ringan…CUTI SEKOLAH



Buat masa sekarang bila cuti sekolah kita orang tak terasa secara langsung coz belum ada anak yang dah bersekolah tapi kesan secara tak langsung yang boleh dikongsi :-

Jalan Raya

Alhamdulillah jalan clear giler…maksud saya di kawasan sekitar rumah ( dari usj nk kuaq jalan utama or hiway )…kalau sebelum ni nak kuaq kat simpang umah pun kekadang jem giler tapi sekarang alhamdulillah. Tapi kat hiway traffic cam biasa.



Urusan Kerja

Kalau ada urusan keje yang berkait secara lansung dengan gomen office..memang parah lah…dia org cuti banyak so dia orang boleh ambik cuti panjang sepanjang cuti sekolah tu..So kalau Si A bercuti so semua keje dia Si B or C or D tak boleh nak tolong – alasan fail ada pada Si A and Si A ni je yang bertanggungjawab dan tahu. So kena tunggu Si A balik bercuti…



Outing

Kalau g jalan katner2 pun mesti orang ramai..Tambah sekarang ada dah ada yabg start shopping untuk coming Aldilfitri hehehe…yang jenis beli sikit 2 dulu so nanti dekat nk raya takyah susah….Bagus gak cara cam ni. Yang datang jalan2 kat KL ni pun ramai..Bawak anak jalan2 cuti sekolah..

So apa2 pun yang hendak dibuat dimusim cuti sekolah ni or masa bila2 pun..PERANCANGAN sangat penting. Kalau berusan dengan gomen office pastikan urusan dibuat sebelum atau selepas cuti sekolah. Kalau outing pastikan anda bersedia dengan masalah no parking, long queue, bersesak-sesak..even worse dengan cuaca sekarang yang tersangat panas.

Apa2 pun enjoy School Holiday, Selamat Pengantin Baru kepada mereka2 yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti sekolah ni. Kepada adik2 yang berkhatan nak wish apa yek..Rilek tak ada apa yang nak ditakutkan..ok lah kot

Ok.. Assalamualaikum

Tuesday, December 15, 2009

PUDURAYA

Pada minggu lepas saya berkesempatan menghantar sepupu saya ke puduraya..beliau ingin pulang ke Taiping selepas menghabiskan sebahagian dari cuti sekolah dengan membantu emak saya berniaga roti canai di Sentul.

Kesempatan menghantar beliau membolehkan saya membuat 'tinjauan' di puduraya yang telah 'diwar-warkan' telah dinaiktarafkan diperbaiki dan diperbaharui segala kemudahan di Puduraya.

Saya dan isteri dulunya merupakan pengunjung setia pudu apabila hendak pulang ke kampung halaman.Apabila kesempatan yang ada untuk ke puduraya minggu lepas, kami berdua amat 'teruja' untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri perubahan di puduraya yang telah 'dicanangkan' oleh media elektronik dan cetak...

Apa yang dapat disimpulkan seperti biasa 'indah khabar dari rupa'....Memang tidak dapat dinafikan memang ada antara rakyat yang dapat manfaat dari pembaharuan puduraya tersebut iaitu rakyat yang bergelar kontraktor yang mendapat tender menaiktaraf puduraya tersebut [ atau mungkin rakyat yang bergelar kontraktor itu juga bergelar kroni ]

Selebihnya kami berpendapat puduraya sekarang sama sahaja seperti mana kami pernah kunjungi 15 atau 10 tahun yang lalu...

Stokis HPA USJ - El-Riash Mart

Ingin diwar-warkan bahawa terdapat stokis HPA yang baru dibuka di USJ yang terletak di USJ Sentral, No.3-2, Tingkat 2..USJ Sentral merupakan kawasan perniagaan baru yang terletak berhampiran traffic light Giant.
Alhamdulillah dengan adanya stokis ini memudahkan ahli-ahli HPA khasnya dan penduduk islam USJ umumnya mendapatkan produk keluaran HPA ini..Selain produk HPA di stokis ini juga terdapat produk keluaran muslim seperti bihun , laksa, produk sejuk beku dll..

Perkhidmatan penghantaran juga disediakan pada hujung minggu..Bagi sesiapa yang hendak menghubungi stokis tersebut boleh menghubungi 012-231 6256 , 016-927 1727 dan 03-8025 1232.

BERSAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU PERNIAGAAN PENIAGA MUSLIM..

Monday, September 14, 2009

“Anwar Ibrahim – he cannot sing, he cannot dance”

By Hussein Hamid (MCKK – Class of 1964)

Anwar Ibrahim was born in August 1947. Me in October 1947. Two months separates us at birth-enough for me to be able to say that he is older, but possibly two or three lifetimes separate us knowing what he has gone through in his life.

I remember the time when I wanted to meet up with him to find out what he was doing with his life. He was then teaching at one of the shop houses along Jalan Pantai – possible with Yayasan Anda if I am not mistaken. I did find him and he was indeed teaching and in slippers. At home that evening I casually told my father that I had met Anwar that afternoon. My father was then Director of CID. He stopped, looked at me and said sternly "Engkau tak ada kerja lain?" Whenever my father uses "engkau" when addressing me I knew that he was not amused. And he then went on to lecture me as to why it would be in my best interest to keep away from Anwar!

Then I was away in Australia for a while and he became DPM. I was at Ampang Shopping center with my Family patiently letting my kids wander around Toy R Us. As we walked up to the counter to pay there was Anwar. We hug and he smiled that smile that light up his whole face and then he was gone again out of my life for a few more years. But always the familiarity of old classmates made for easy banter every time we meet.

Then this time he was away for a while – six years I think – as the British like to say – At her Majesty's pleasure in Sungai Buloh. I was with one of UMNO ex Ketua Bahgian who had joined Keadilan when we heard that Anwar had been released and was at home. My friend wanted to immediately head for Anwar's house in Damansara to pay his respect. Would I like to come along? He asked. I said ok. We arrived and there were people everywhere. We got into line and waited our turn. We were told that Anwar was not well – that he was sitting down and that anytime he might need to rest. One hour of waiting in line I eventually stood in front of him. He looked up from his chair, again with that smile of his, stood up and gave me a hug oblivious to what pain he must have felt –we talked for a few seconds and mindful of the others waiting to see him, I excused myself and walked on.

The last time I saw him was at a class get together in Bangsar – at Fauzi's house, a school mate of ours who was the host – a few years back. As always his arrival was greeted with good nature ribbing and for the son of one of our classmates who had not seen Anwar before – that was a real treat. We sat and talked and I could see that age had caught up with all of us – Anwar included. He looked not as robust as I thought he would be- after all he has always looked good whenever he was on TV and photographed well. But sitting beside me he looked vulnerable.

Was the pressure of living constantly under public and media gaze getting to him? Was UMNO getting to him? I could not imagine what he had to go through on a daily basis in what he chose to do – POLITICS. It is one thing to be DPM where everything is laid out for you, another to be in the opposition. He constantly referred to Azizah in conversation with us and we could see that Family meant a great deal with him. As we talked I found myself thinking what more has he got to endure before his work is done. I did not envy the situation he was in.

But he had no regrets. No wanting to take his pound of flesh from those that have done him ill. A more spirited discourse came from him when we talked about Mahathir – but either he was in control of himself or that he did not think it worth his while to think too much of times gone by. The present was what mattered.

At 63 I will not run if I can walk. Stand if I can sit. Talk if I can be quiet. Anwar has chosen the path less traveled. This path requires an uncommon resolve to move relentlessly ahead no matter what. He stands in front of crowds every day. He meets more people than he can remember every day and all this he does with willingness that belittle his age. He could be anywhere he wants to be in the world and be welcomed by world leaders and acquaintances. He could be in business and be rich beyond our wildest dreams. Instead he chose to serve the nation. He chose to take us to the next election because if Anwar does not do so, who will take us? I am sure sometimes in his moment of solitude he must question his capacity to physically last the distance but his commitment to our cause is great. That will see him through and he has said that Azizah has done enough while he was away.

This is a good man. As we all know he cannot sing well, neither can he dance well even if his life depended on it but he is decent man. I wish Najib and UMNO will do battle with him on a level playing field. I wish they could have enough compassion in their hearts to accept that Anwar had gone though more that a baptism of fire – a baptism that neither Najib nor Muhyiddin could ever imagine or endure. But then it that would be likes asking Bush to go fight Saddam one on one. No shock or awe, no overwhelming force meeting defenseless people, no doctrine of Rapid Dominance, no weapon of mass destruction on standby just in case they are needed….none of the above. Bush would never survive.

We know that Anwar was with UMNO many years back. We do not know what he will be in the future. But this I know now. He and the other leaders in Pakatan Rakyat are the leaders we now have to lead us to the next General Election and they give us our best hope for a new beginning – without an UMNO that has already abused the trust we Malays placed in them many times over, without a corrupt PDRM, a cowered MACC, without a Government that steals from its people, without a Judiciary that does the bidding of its Political masters, without many of the injustices and unfairness that we now have. Are these not reason enough for us to give them the opportunity to do so?

Sunday, July 26, 2009

Phoenix Bangkit Dari Abu

Bina jambatan menuju ke seberang,
Melangkah jurang lebar dan dalam,
Dengan darah dan keringat,
Dengan airmata berpegang pada taliNya,

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah,
Kota yang telah roboh harus dibina semula,
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris,
Semua serangan yang datang kita tangkis,

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri,
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti,
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu,
Bangkit membina semula satu keindahan baru.

Demikianlah lebih kurangnya bunyi bait-bait indah yang saya petik dari lagu Phoenix Bangkit Dari Abu, ciptaan seniman tersohor M.Nasir. Saya titipkan lirik di atas bukannya apa, setelah entah apa yang berlaku pada blog ini, dihack sedemikian rupa, sehingga menghilangkang kesemua posting2 yang pernah dipublishkan sebelum ini. Durjana sungguh si penghack itu. Sanggup menghack blog rakyat marhaen seperti wms2739 ini. Cis!

Ada teman2 yang memberi pandangan mungkin ada posting2 yang agak sensitif kepada sesetengah pihak, maka sebab tu lah kena delete. Entahlah, kalau dah posting yang ringan2 mcm tu pun dikatakan sensitif.

Apa2 pun, Insya Allah, mulai hari ni, blog ni pun akan mula diupdatekan kembali.

Tunggu.....!!!!